Tahfiz Darul Ulama Marang salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan dan beroperasi sejak 2015 terletak di Lot PT 18413, Jalan Bukit Kor, Kg Rhu Rendang, 21600 Marang, Terengganu.
Tercetusnya idea bagi menubuhkan Pusat Tahfiz Darul Ulama ini bermula apabila hadirnya sebuah rumah kayu 2 tingkat yang di wasiatkan. Demi kelangsungan pahala akhirat, rumah kayu ini telah diubah menjadi pusat pengajian al – Quran.
MENGAPA SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN?
Kami kekurangan dana memandangkan kos pembinaan dan pembangunan yang agak besar. Sumbangan yang dibuat setakat ini agak perlahan dan disebabkan COVID-19, banyak aktiviti sumbangan luar talian terpaksa ditangguhkan.
Pada masa ini, dengan dana yang ada, hampir RM500,000 telah digunakan untuk pembayaran dan urusan wakaf tanah dan RM14,000 untuk membina jalan sementara dan membersihkan kawasan tapak pembinaan. Semoga ianya tidak tertangguh dan berjalan lancar.
Sememangnya, untuk merealisasikan impian ini, kami memerlukan sokongan dan bantuan kewangan untuk menampung kos pembangunan, pembinaan semula, dan kos penyelenggaraan. InsyaAllah.
PECAHAN DANA
Tahfiz Darul Ulama memerlukan RM 1.5 Juta untuk kutipan dana permulaan yang meliputi pembangunan dan pengurusan. Dana tersebut terbahagi kepada beberapa pembangunan yang terdiri daripada:
✅ RM1.5 Juta untuk MASJID DARUL ULAMA. |
✅
RM1.4 Juta
untuk pembinaan sebuah bangunan sekolah. ✅ RM6k sebagai perbelanjaan bulanan |
Kami akan memanfaatkan bangunan tersebut kepada 3 bahagian iaitu
pejabat guru, bilik belajar
dan
pusat Sumber.
Sabda Rasullulah s.a.w: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Sesungguhnya banyak manfaat bersedekah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata – kata, walaupun pada zahirnya harta yang kita miliki berkurang, namun keberkatannya di sisi Allah tiada nilai bandingnya.
RAYUAN DI MEDIA PERDANA
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Tahfiz Darul Ulam juga telah menyiarkan program MALAYSIA HARI INI (MHI) terbitan TV3 Malaysia bagi mengumumkan kempen dan wakaf pembinaan Masjid Darul Ulama.
Mohon bantu kami dalam pembinaan rumah Allah ini. Marilah berwakaf dan menyumbang menggunakan borang yang disediakan di bawah.