Wakaf Sempena Nuzul Al-Quran Pada Pembinaan Masjid Darul Ulama Marang

Nuzul Quran Adalah Hari Keagungan di mana

Al-Quran di turunkan


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan”.

(QS. Al-Qadr:1)


Alangkah Ruginya, malam ini di sia-siakan begitu sahaja. Setiap Detik dalam Ramadhan adalah ladang pahala untuk mengumpul saham akhirat sebagai bekalan di sana nanti. Setiap butir huruf Al-Quran yang di baca mendapat ganjarantak terkira betapa banyaknya pahala sekiranya Al-Quran itu berterusan di baca oleh anak anak tahfiz.



Sesungguhnya 
Tuhan itu Maha Melihat & Tidak Tidur. Setiap amalan kebaikan pasti ada ganjaran, apatah lagi pada Bulan & Malam yang paling Istimewa.



"NUZUL QURAN"

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan”.

(QS. Al-Qadr : 3)


Tahfiz Darul Ulama Marang salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan dan beroperasi sejak 2015 terletak di Lot PT 18413, Jalan Bukit Kor, Kg Rhu Rendang, 21600 Marang, Terengganu.


Tercetusnya idea bagi menubuhkan Pusat Tahfiz Darul Ulama ini bermula apabila hadirnya sebuah rumah kayu 2 tingkat yang di wasiatkan. Demi kelangsungan pahala akhirat, rumah kayu ini telah diubah menjadi pusat pengajian al – Quran.


Pada mulanya pusat ini menempatkan 20 orang pelajar berusia lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun. Namun pertambahan bilangan mereka menjadikan ruangan kediaman asrama, surau dan kelas pengajian menjadi terhad.

Berdiri teguh walaupun dimamah usia, bangunan yang serba daif ini telah memberi peluang kepada anak-anak pelajar kampung berdekatan untuk mendalami ilmu agama dan ilmu-ilmu lain secara formal yang bermanfaat untuk bekalan dunia dan akhirat.


MENGAPA SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN?







Kami kekurangan dana memandangkan kos pembinaan dan pembangunan yang agak besar. Sumbangan yang dibuat setakat ini agak perlahan dan disebabkan COVID-19, banyak aktiviti sumbangan luar talian terpaksa ditangguhkan.


Pada masa ini, dengan dana yang ada, hampir RM500,000 telah digunakan untuk pembayaran dan urusan wakaf tanah dan RM14,000 untuk membina jalan sementara dan membersihkan kawasan tapak pembinaan. Semoga ianya tidak tertangguh dan berjalan lancar.


Sememangnya, untuk merealisasikan impian ini, kami memerlukan sokongan dan bantuan kewangan untuk menampung kos pembangunan, pembinaan semula, dan kos penyelenggaraan. InsyaAllah.






PECAHAN DANA

Tahfiz Darul Ulama memerlukan  RM 1.5 Juta  untuk kutipan dana permulaan yang meliputi pembangunan dan pengurusan. Dana tersebut terbahagi kepada beberapa pembangunan yang terdiri daripada:

✅  RM1.5 Juta untuk MASJID DARUL ULAMA.
✅  RM1.4 Juta   untuk pembinaan sebuah bangunan sekolah.
✅  RM6k  
sebagai perbelanjaan bulanan


Kami akan memanfaatkan bangunan tersebut kepada 3 bahagian iaitu 
pejabat guru, bilik belajar  dan  pusat Sumber. 


Sabda Rasullulah s.a.w: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”


Sesungguhnya banyak manfaat bersedekah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata – kata, walaupun pada zahirnya harta yang kita miliki berkurang, namun keberkatannya di sisi Allah tiada nilai bandingnya.


RAYUAN DI MEDIA PERDANA


Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Tahfiz Darul Ulam juga telah menyiarkan program MALAYSIA HARI INI (MHI) terbitan TV3 Malaysia bagi mengumumkan kempen dan wakaf pembinaan Masjid Darul Ulama.


SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL

Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:

TAHFIZ DARUL ULAMA MARANG

2-63051-0001240-0   (RHB ISLAMIC BANK)


Sila letakkan reference  "Wakaf Nuzul Quran"   untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.

Maklumat Tambahan:  

1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Wakil Pengurusan Masjid Darul Ulama : +60 16-925 8240 (Tuan Ustaz Hairuddin Othman)

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


Sempena peristiwa Nuzul Al-Quran, kami dengan rendah hati merayu sumbangan anda untuk pembinaan rumah Allah ini


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Titanium - RM1000
Pakej Berlian - RM500
Pakej Delima - RM250
Pakej Intan - RM50
Pakej Seikhlas Ramadan
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN